Wednesday, December 25, 2013

Jaulah Musafir ke Taiping, Perak

Perjalanan kami ini dimulakan dengan kalimah Basmalah. Alhamdulillah pada tanggal 23/12/2013 sehingga 24/12/2013 iaitu bersamaan hari Isnin hingga hari Selasa, IKRAMTeens Pulau Pinang telah menganjurkan sebuah program khas buat anak-anak ahli IKRAM yang masih kecil lagi. Seramai 43 orang termasuk pengiring dan fasilitator telah mengikuti program tersebut dengan bayaran sebanyak RM 60 seorang. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sepanjang jaulah tersebut berlangsung.

Hari Isnin bersamaan 23/12/2013

7.00 pagi :-
Kami semua diminta untuk berkumpul 30 minit sebelum waktu berlepas iaitu pada pukul 8.00 pagi. Kami berjumpa di Stesen Keretapi Butterworth, Pulau Pinang. Ruang berlepas pada waktu ini dipenuhi dengan kegembiraan yg terselah di setiap wajah kanak-kanak yang mengikuti program tersebut. Nasihat dan pesanan diberikan ibubapa buat anak-anak mereka yg sangat disayangi.

7.30 pagi:-
Kami bergerak dalam barisan menuju ke keretapi yang akan membawa kami ke Taiping, Perak. Kami duduk di tempat yang telah diberikan pada tiket yang dibeli. Kelihatan ibubapa sibuk mengarahkan dan menyuruh anak-anak mereka untuk duduk di tempat duduk dengan baik, sopan dan teratur.

8.00 pagi:-
Tepat jam pukul 8.00 pagi, keretapi telah dilayangkan bendera hijau. Hijau bermaksud jalan, Merah bermaksud tak boleh jalan lagi. Petugas stesen keretapi sibuk

No comments:

Post a Comment