Friday, December 28, 2012

Palestin Ku Yang Tercinta.....


Featured Articles

Abu Zuhri menghargai menjaga keselamatan kem pelarian Yarmouk

Written by admin from on December 26th, 2012 | 0 Comments
Khamis , 27-12-2012 - Hamas mengalu-alukan pelan konsensus Palestin untuk menyelamatkan pelarian Palestin di Syria, yang bertujuan untuk memastikan keselamtan kem pelarian Yarmouk dalam konflik antara rejim dan tentera bebas di Syria, terutamanya selepas anjakan 100,000 orang keluar daripada 150 ribu hidup di kem
Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, memberitahu PIC bahawa pergerakan menghargai pelan ini untuk menyelamatkan pelarian Palestin, melalui mengambil keluar semua pihak tentera, termasuk tentera tetap Syria, dalam kem, untuk memastikan keamanan dan keselamatan untuk semua pelarian.
Saya berharap bahawa semua pihak yang berkaitan akan mematuhi untuk mengelakkankejadian berbahaya yang serius yang mengancam nyawa dan keselamatan pelarian Palestin di kem pelarian Yarmouk, kata jurucakap Hamas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada
Post to Twitter

Rejim Zionis mendakwa suspek pengeboman bas Tel Aviv

Written by admin from on December 26th, 2012 | 0 Comments
Khamis , 27-12-2012 - Pihak Berkuasa Tempatan Israel (IOA) telah mendakwa seorang pemuda, Mohammed Mafarja, 18, pada hari Rabu atas letupan bom ke atas bas Tel Aviv (Tel Rabi’i) semasa serangan tentera Israel November ke atas Semenanjung Gaza, kata radio Hebrew.
Mafarja telah ditahan pada hari terakhir dan kelapan pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza kerana telah mengebom bas nombor 124 di Tel Aviv di mana 24 orang tercedera dalam kejadian tersebut.
Beliau berhadapan dengan pelbagai tuduhan termasuk atas cubaan membunuh dan membantu musuh ketika perang, yang boleh menyebabkan beliau dipenjara seumur hidup.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Sinopsis Novel Andai Itu Takdirnya!!!

Alhamdulillah.....telah tamat lah tempoh pembacaan saya pada kali ini tentang sebuah novel yang bertajuk Andai Itu Takdirnya. So, serba sedikit tentang novel ini ialah berkisar tentang seorang gadis yang bernama Aleya yang terpaksa berkahwin dengan seorang pemuda yang bernama Syed Aizril. Aleya meminati Syed Azril dalam diam sejak dia study di oversea bersama. Tapi Azril ni seorang yang ego dan hanya memandang perempuan yang setaraf dengannya sahaja. Namun perkahwinan terjadi sebaik sahaja pulang ke Malaysia & ditakdirkan Aleeya bekerja di syarikat milik Azril, dimana sahabat Azril telah memerangkap Aleeya & Azril di apartment Azril sehingga di tangkap khalwat. Serius, cerita ni memang best sgt2 bermula dari awal cerita hingga ke endingnya. memang sepanjang membacanya air mata saya mengalir jer.. part y paling sedih bila syed azril ni sepak terajang aleeya y sedang sarat mengandung dalam hujang sampai terhantuk dinding & menyebabkan salah seorang bayi kembar y dikandungnya meningal..


SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIRNYA

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. 


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri." 

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. 

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling." 

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. 

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji." 

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. 

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika." 

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? 

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris." 

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. 

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil." 

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. 

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang." 



Akhirnya bengkak gak lah mata nk menghabiskan novel nih tapi memang menarik lah novel sekali baca pasti nak baca lagiiiii!!!