Tuesday, May 7, 2013

Pengembaraan Keluarga Aidiahmad dan Keluarga Hisham ke France dan Netherlands, Eropah....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ku mulakan penulisanku ini dengan kalimah Basmallah.

 Alhamdulillah pada cuti sekolah yg lalu, pada tanggal 22.04.2012 bersamaan hari Isnin hingga 27.04.2013 bersamaan hari Sabtu, saya dan keluarga bersama 1 lagi keluarga telah membuat rancangan utk menjejakkan kaki ke Eropah. Ikutilah pengembaraan kami 2 buah keluarga menjejakkan kaki ke Eropah buat pertama kali nye.

Hari Ahad bersamaan 21.04.2013

Saya dan family bertolak dari Manchester, England ke Sheffield pada pukul 5 petang. Kami sekeluarga dari Manchester kerana ada meeting IKRAM. Bertolak ke Sheffield iaitu rumah Pak Cik Syam dan Mak Cik Deela ( Fadzilah ). Pak Cik Syam ataupun nama sebenarnya Mohd Hisham dan juga Mak Cik Deela ataupun nama sebenarnya Dr. Fadzilah mempunyai 3 orang anak perempuan yang bernama 1st: Fatin Maisarah, 2nd: Awatif Jannah dan 3rd: Auni Khairina. Semua anak-anak mereka telah meningkat dewasa dan inshaALLAH akan pulang ke Malaysia pada akhir bulan Mei. Kami bertolak ke Sheffield kerana pada hari esok kami 2 buah family akan bergerak ke Eropah jadi, ia akan memudahkan kami 2 buah family supaya tidak lewat untuk sampai di Perlabuhan Dover. Selain itu, ia juga memudahkan kami 2 buah family untuk menaiki kapal ke Perlabuhan Calais. Sepanjang perjalanan ke Sheffield, kami melalui kawasan yang dinamakan PEAK DISTRICT. Kawasan tersebut memang terlalu cantik dan indah. Kawasan tersebut juga memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang suka mendaki, hiking dan juga berkhemah.

http://www.classicbritain.com/_resources/imagebank/Peak%20District%20Hotels%20-%20Moorside.jpg 

 

Alhamdulillah kami sampai di Sheffield lebih kurang pukul 8 malam. Kami disambut gembira oleh Pak Cik Syam dan Mak Cik Deela seperti rumah kenduri kahwin je....Sampai-sampai je terus disuruh makan malam. Memang "CLASS" lah Mak Cik Deela dan Pak Cik Syam ni. Hehe...Bodek lah skit kan. hehe.. Apa-apa pun sedap je makan malam sebab dapat rasa masakan Malaysia iaitu Nasi Lemak. Memang rindu betul masakan Malaysia tapi lagi sedap kalau ada Nasi Kandar haha. Selepas settle semua urusan mengurus badan dan mengeyangkan perut, Relaks sekejap dengan menonton TV cerita Zombie US. Selepas kenyang, terpaksalah beradu / tidur sebab esok kami 2 buah keluarga akan menjejakkan kaki ke Perancis, Eropah. Melelapkan mata pada 12.30 tgah malam ZzZz....

 

Hari Isnin bersamaan 22.04.2013

Pukul 4 pagi.

Bangun pada pukul 4 pagi betul-betul masa Subuh. Pergh! mengantuk betol. Selepas solat, kami bersiap-siap untuk bertolak dari Sheffield ke Perlabuhan Dover, England.

 Pukul 5 pagi

 Kami bertolak dari Sheffield pada pukul 5.30 pagi berkonvoi dengan Family Pak Cik Hisham. Sepanjang perjalanan, saya asyik termenung ke luar dengan memikirkan "macam mana Europe tu ha?" terdetik dlm hati saya. Memang tak sabar betul la nak jejak kaki ke Europe tu. Sepanjang perjalanan ke Dover, asyik nampak Wind Turbine ( Kipas Angin Eletrik) di tepi jalan. Ini menunjukkan ekonomi di England ini memang hebat kerana menggunakan sistem menghasilkan electric yang berkonsepkan menjaga Alam Sekitar.

 

 Selepas mengharungi perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam lebih, akhirnya sampai juga di Perlabuhan Dover, England. Kami sampai di Perlabuhan Dover pada pukul 10.30 pagi bersama family Pak Cik Syam dan Mak Cik Deela. Kami melihat masa bertolak ke Perlabuhan Calais di tiket pada pukul 11.10 pagi. Jadi kami menggunakan masa yang terluang ini untuk pergi menukar duit Pound ke Euro sebab memang kami tiada langsung duit Euro. Kami ingat sempat lah....Konon nye. Kami menyuruh Family Pak Cik Sham dan Mak Cik Deela bergerak ke Perlabuhan dulu n then nanti jumpa kt Perlabuhan. Selepas kami settle menukar duit, kami terus bergerak ke Perlabuhan dan sampai di perlabuhan tersebut pada pukul 10.55 pagi. Sebelum kami ke kaunter tiket, kami terlebih dahulu membuat pemeriksaan di Imigration Checkpoint. Alhamdulillah settle juga. Apabila kami menunjukkan tiket pada cashier yang bertugas di kaunter, dia bagi tiket yang boarding pada pukul 12.30 tengahari. Dia kata kami dah terlewat untuk kapal yang boarding pada pukul 11.10 pagi. Jadi terpaksalah akur dengan ketentuan tuhan. Apalagi terpisah lah kedua-dua family sebab family Pak Cik Sham sempat sampai di Perlabuhan Dover. Saya dan family terpaksa queue selama 1 jam sebelum boarding kapal. Tetapi walaupun terlambat, kami dapat boarding kapal dahulu sebab kami dapat PRIORITY TICKET iaitu keutamaan dalam boarding kapal tapi kena bayar lebih sikit lah. Ingat kan 1 jam kena tunggu rupa-rupanya 15 minit sahaja dan masa yang lebih itu digunakan untuk anak-anak kapal memenuhkan kapal tersebut dengan kereta, lori, bas dan treler. Masa perjalanan yang diberitahu adalah selama 1 jam 30 minit. Saya menggunakan masa tersebut dengan berjalan - jalan didalam kapal tersebut tetapi dalam keadaan terhuyung-hayang lah sebab kapal tersebut bergoyang. Hati pun tak berhenti berdegup, asyik berdup-dap je sebab tak tenteram. Tetapi walau apa pun yang terjadi, tak akan rasa apa-apa sebab tengah dok best first time naik Cruise mewah lebih daripada 1 jam pulak tu hehe. Hmm....ingat punya lah lama dalam kapal tu tapi sekejap je. Selepas lama menanti untuk turun dari kapal, akhirnya turun juga!!! haha.... Kalau dah boarding kapal awal, kena GET OUT dari kapal pun awal lah haha... Tak la sebenarnye tu lah keistimewaan pemegang-pemegang tiket PRIORITY BOARDING, naik kapal awal turun pun awal.

 

 

Kami selamat sampai di Perlabuhan Calais pada pukul 1.40 petang. Sebaik sahaja kami dismount from the Ferry, kami terus mulakan operasi mencari family Pak Cik Sham dan Mak Cik Deela sebab dah terpisah sebelum boarding kapal. Semasa turun dari kapal, Encik Aidiahmad a.k.a. Driver n Ayah saya, rasa kekok kerana di Eropah semua kereta dipandu bertentangan arah dengan cara dan arah pemanduan di Malaysia dan British. Kami sempat berpicnic sementara menunggu family Pak Cik Syam menunjukkan batang hidung mereka hehe. Selepas bertemu dengan mereka, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami yang dinamakan Canvas Campsite yang bertempat di Berny-Riviere, France. Kawasan tersebut bercirikan kawasan kampung yang tenang dan sunyi. Perjalanan ke Berny-Riviere mengambil masa selama 3 jam bergantung pada kelajuan kenderaan. Di sepanjang perjalanan, yang menyedapkan pandangan ialah padang seluas bendang di Malaysia ditanam sejenis tumbuhan yang berwarna kuning kekuningan yang mengeluarkan minyak. Berny Riviere juga terkenal dengan kudanya yang banyak dan juga kawasan-kawasan petani membajak benih dengan menggunakan traktor. Ini menunjukkan yang ekonomi di sini memang hebat sebab ia menanam benih dengan menggunakan mesin-mesin yang direka khas untuk menanam.

 


Alhamdulillah kami sampai di Canvas Campsite pada pukul 6 petang. Sejurus sahaja kami sampai, kami terus ke reception campsite untuk mendaftar diri / check in ke dalam cabin. Kami menguruskan apa yang patut sehingga settle. Pada pukul 7.30 malam, kami meet again sebab para ibu dan bapa nak membuat discussion berkenaan perjalanan percutian ini yang berlangsung selama 1 minggu. Kami yang budak-budak ni pandai-pandai lah jaga diri kami sambil berkenalan sesama kami sendiri sebab kami sendiri pun tak sempat nak berkenalan lagi. Semua sebab asyik lekat kan punggung di dalam kereta selama 8 jam je. Sudah lah feri terlepas. hehe.... Apa-apa pun tidok pada pukul 12.30 tengah malam sebab esok ada event yang menanti buat diri kami yang bergelar budak-budak nih!!!. ZzZz ...