Friday, January 15, 2016

Bumi Thailand yang tertindas kini kembali bangkit melawan !

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah setelah sekian lama mendiamkan diri, kinseei saya telah kembali dengan pengalaman saya yang lebih menarik untuk menceriakan keceriaan anda di pagi dan di malam hari. Selepas dua tahun berkampung di Cardiff, South Wales, saya pulang ke Malaysia untuk menghabiskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Alhamdulillah.. keputusannya sangat memberangsangkan. Saya dalam proses menunggu keputusan SPM yang akan dikeluarkan oleh kementerian pada bulan March 2016. 

Buat pengetahuan semua, pada awal bulan Disember 2015 saya telah mengikuti satu kem yang berlangsung selama 30 hari di Kem Rimba Tamu Batang Kali, Selangor. Di kem tersebut saya diajar teori tentang masakan, jahitan, workshop kereta dan macam lagi. Jadi pengembaraan kali ini, saya di arahkan untuk mempraktikkan teori tersebut di luar kem. Jadi saya sekaligus mengikuti satu program lawatan ke Thailand untuk memenuhi hasrat tersebut. Seramai 23 orang peserta telah mengikuti lawatan ke Thailand yang berlangsung selama 9 hari di Selatan Thai. 

Pada 12/01/2016, 

Tuesday, August 12, 2014

Manusia hanyalah insan yang kerdil di pandangan ALLAH..

Manusia dicipta utk beribadah kepada ALLAH.. Jadi kita telah diamanahkan satu amanah yg sangat berat oleh ALLAH..

Wednesday, December 25, 2013

Jaulah Musafir ke Taiping, Perak

Perjalanan kami ini dimulakan dengan kalimah Basmalah. Alhamdulillah pada tanggal 23/12/2013 sehingga 24/12/2013 iaitu bersamaan hari Isnin hingga hari Selasa, IKRAMTeens Pulau Pinang telah menganjurkan sebuah program khas buat anak-anak ahli IKRAM yang masih kecil lagi. Seramai 43 orang termasuk pengiring dan fasilitator telah mengikuti program tersebut dengan bayaran sebanyak RM 60 seorang. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sepanjang jaulah tersebut berlangsung.

Hari Isnin bersamaan 23/12/2013

7.00 pagi :-
Kami semua diminta untuk berkumpul 30 minit sebelum waktu berlepas iaitu pada pukul 8.00 pagi. Kami berjumpa di Stesen Keretapi Butterworth, Pulau Pinang. Ruang berlepas pada waktu ini dipenuhi dengan kegembiraan yg terselah di setiap wajah kanak-kanak yang mengikuti program tersebut. Nasihat dan pesanan diberikan ibubapa buat anak-anak mereka yg sangat disayangi.

7.30 pagi:-
Kami bergerak dalam barisan menuju ke keretapi yang akan membawa kami ke Taiping, Perak. Kami duduk di tempat yang telah diberikan pada tiket yang dibeli. Kelihatan ibubapa sibuk mengarahkan dan menyuruh anak-anak mereka untuk duduk di tempat duduk dengan baik, sopan dan teratur.

8.00 pagi:-
Tepat jam pukul 8.00 pagi, keretapi telah dilayangkan bendera hijau. Hijau bermaksud jalan, Merah bermaksud tak boleh jalan lagi. Petugas stesen keretapi sibuk

Tuesday, May 7, 2013

Pengembaraan Keluarga Aidiahmad dan Keluarga Hisham ke France dan Netherlands, Eropah....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ku mulakan penulisanku ini dengan kalimah Basmallah.

 Alhamdulillah pada cuti sekolah yg lalu, pada tanggal 22.04.2012 bersamaan hari Isnin hingga 27.04.2013 bersamaan hari Sabtu, saya dan keluarga bersama 1 lagi keluarga telah membuat rancangan utk menjejakkan kaki ke Eropah. Ikutilah pengembaraan kami 2 buah keluarga menjejakkan kaki ke Eropah buat pertama kali nye.

Hari Ahad bersamaan 21.04.2013

Saya dan family bertolak dari Manchester, England ke Sheffield pada pukul 5 petang. Kami sekeluarga dari Manchester kerana ada meeting IKRAM. Bertolak ke Sheffield iaitu rumah Pak Cik Syam dan Mak Cik Deela ( Fadzilah ). Pak Cik Syam ataupun nama sebenarnya Mohd Hisham dan juga Mak Cik Deela ataupun nama sebenarnya Dr. Fadzilah mempunyai 3 orang anak perempuan yang bernama 1st: Fatin Maisarah, 2nd: Awatif Jannah dan 3rd: Auni Khairina. Semua anak-anak mereka telah meningkat dewasa dan inshaALLAH akan pulang ke Malaysia pada akhir bulan Mei. Kami bertolak ke Sheffield kerana pada hari esok kami 2 buah family akan bergerak ke Eropah jadi, ia akan memudahkan kami 2 buah family supaya tidak lewat untuk sampai di Perlabuhan Dover. Selain itu, ia juga memudahkan kami 2 buah family untuk menaiki kapal ke Perlabuhan Calais. Sepanjang perjalanan ke Sheffield, kami melalui kawasan yang dinamakan PEAK DISTRICT. Kawasan tersebut memang terlalu cantik dan indah. Kawasan tersebut juga memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang suka mendaki, hiking dan juga berkhemah.

http://www.classicbritain.com/_resources/imagebank/Peak%20District%20Hotels%20-%20Moorside.jpg 

 

Alhamdulillah kami sampai di Sheffield lebih kurang pukul 8 malam. Kami disambut gembira oleh Pak Cik Syam dan Mak Cik Deela seperti rumah kenduri kahwin je....Sampai-sampai je terus disuruh makan malam. Memang "CLASS" lah Mak Cik Deela dan Pak Cik Syam ni. Hehe...Bodek lah skit kan. hehe.. Apa-apa pun sedap je makan malam sebab dapat rasa masakan Malaysia iaitu Nasi Lemak. Memang rindu betul masakan Malaysia tapi lagi sedap kalau ada Nasi Kandar haha. Selepas settle semua urusan mengurus badan dan mengeyangkan perut, Relaks sekejap dengan menonton TV cerita Zombie US. Selepas kenyang, terpaksalah beradu / tidur sebab esok kami 2 buah keluarga akan menjejakkan kaki ke Perancis, Eropah. Melelapkan mata pada 12.30 tgah malam ZzZz....

 

Hari Isnin bersamaan 22.04.2013

Pukul 4 pagi.

Bangun pada pukul 4 pagi betul-betul masa Subuh. Pergh! mengantuk betol. Selepas solat, kami bersiap-siap untuk bertolak dari Sheffield ke Perlabuhan Dover, England.

 Pukul 5 pagi

 Kami bertolak dari Sheffield pada pukul 5.30 pagi berkonvoi dengan Family Pak Cik Hisham. Sepanjang perjalanan, saya asyik termenung ke luar dengan memikirkan "macam mana Europe tu ha?" terdetik dlm hati saya. Memang tak sabar betul la nak jejak kaki ke Europe tu. Sepanjang perjalanan ke Dover, asyik nampak Wind Turbine ( Kipas Angin Eletrik) di tepi jalan. Ini menunjukkan ekonomi di England ini memang hebat kerana menggunakan sistem menghasilkan electric yang berkonsepkan menjaga Alam Sekitar.

 

 Selepas mengharungi perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam lebih, akhirnya sampai juga di Perlabuhan Dover, England. Kami sampai di Perlabuhan Dover pada pukul 10.30 pagi bersama family Pak Cik Syam dan Mak Cik Deela. Kami melihat masa bertolak ke Perlabuhan Calais di tiket pada pukul 11.10 pagi. Jadi kami menggunakan masa yang terluang ini untuk pergi menukar duit Pound ke Euro sebab memang kami tiada langsung duit Euro. Kami ingat sempat lah....Konon nye. Kami menyuruh Family Pak Cik Sham dan Mak Cik Deela bergerak ke Perlabuhan dulu n then nanti jumpa kt Perlabuhan. Selepas kami settle menukar duit, kami terus bergerak ke Perlabuhan dan sampai di perlabuhan tersebut pada pukul 10.55 pagi. Sebelum kami ke kaunter tiket, kami terlebih dahulu membuat pemeriksaan di Imigration Checkpoint. Alhamdulillah settle juga. Apabila kami menunjukkan tiket pada cashier yang bertugas di kaunter, dia bagi tiket yang boarding pada pukul 12.30 tengahari. Dia kata kami dah terlewat untuk kapal yang boarding pada pukul 11.10 pagi. Jadi terpaksalah akur dengan ketentuan tuhan. Apalagi terpisah lah kedua-dua family sebab family Pak Cik Sham sempat sampai di Perlabuhan Dover. Saya dan family terpaksa queue selama 1 jam sebelum boarding kapal. Tetapi walaupun terlambat, kami dapat boarding kapal dahulu sebab kami dapat PRIORITY TICKET iaitu keutamaan dalam boarding kapal tapi kena bayar lebih sikit lah. Ingat kan 1 jam kena tunggu rupa-rupanya 15 minit sahaja dan masa yang lebih itu digunakan untuk anak-anak kapal memenuhkan kapal tersebut dengan kereta, lori, bas dan treler. Masa perjalanan yang diberitahu adalah selama 1 jam 30 minit. Saya menggunakan masa tersebut dengan berjalan - jalan didalam kapal tersebut tetapi dalam keadaan terhuyung-hayang lah sebab kapal tersebut bergoyang. Hati pun tak berhenti berdegup, asyik berdup-dap je sebab tak tenteram. Tetapi walau apa pun yang terjadi, tak akan rasa apa-apa sebab tengah dok best first time naik Cruise mewah lebih daripada 1 jam pulak tu hehe. Hmm....ingat punya lah lama dalam kapal tu tapi sekejap je. Selepas lama menanti untuk turun dari kapal, akhirnya turun juga!!! haha.... Kalau dah boarding kapal awal, kena GET OUT dari kapal pun awal lah haha... Tak la sebenarnye tu lah keistimewaan pemegang-pemegang tiket PRIORITY BOARDING, naik kapal awal turun pun awal.

 

 

Kami selamat sampai di Perlabuhan Calais pada pukul 1.40 petang. Sebaik sahaja kami dismount from the Ferry, kami terus mulakan operasi mencari family Pak Cik Sham dan Mak Cik Deela sebab dah terpisah sebelum boarding kapal. Semasa turun dari kapal, Encik Aidiahmad a.k.a. Driver n Ayah saya, rasa kekok kerana di Eropah semua kereta dipandu bertentangan arah dengan cara dan arah pemanduan di Malaysia dan British. Kami sempat berpicnic sementara menunggu family Pak Cik Syam menunjukkan batang hidung mereka hehe. Selepas bertemu dengan mereka, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami yang dinamakan Canvas Campsite yang bertempat di Berny-Riviere, France. Kawasan tersebut bercirikan kawasan kampung yang tenang dan sunyi. Perjalanan ke Berny-Riviere mengambil masa selama 3 jam bergantung pada kelajuan kenderaan. Di sepanjang perjalanan, yang menyedapkan pandangan ialah padang seluas bendang di Malaysia ditanam sejenis tumbuhan yang berwarna kuning kekuningan yang mengeluarkan minyak. Berny Riviere juga terkenal dengan kudanya yang banyak dan juga kawasan-kawasan petani membajak benih dengan menggunakan traktor. Ini menunjukkan yang ekonomi di sini memang hebat sebab ia menanam benih dengan menggunakan mesin-mesin yang direka khas untuk menanam.

 


Alhamdulillah kami sampai di Canvas Campsite pada pukul 6 petang. Sejurus sahaja kami sampai, kami terus ke reception campsite untuk mendaftar diri / check in ke dalam cabin. Kami menguruskan apa yang patut sehingga settle. Pada pukul 7.30 malam, kami meet again sebab para ibu dan bapa nak membuat discussion berkenaan perjalanan percutian ini yang berlangsung selama 1 minggu. Kami yang budak-budak ni pandai-pandai lah jaga diri kami sambil berkenalan sesama kami sendiri sebab kami sendiri pun tak sempat nak berkenalan lagi. Semua sebab asyik lekat kan punggung di dalam kereta selama 8 jam je. Sudah lah feri terlepas. hehe.... Apa-apa pun tidok pada pukul 12.30 tengah malam sebab esok ada event yang menanti buat diri kami yang bergelar budak-budak nih!!!. ZzZz ...

Tuesday, April 9, 2013


Nama-nama Surga dan Neraka Dan Siapa Penghuninya



Nama-nama Surga dan Neraka Beserta Calon Penghuninya
Nama-nama Surga dan Calon Penghuninya

1.       Surga Firdaus,diciptakan oleh allah SWT,dari emas,penghuninya:
a.   orang yg memelihara solat dan senantiasa khusyuk,
b.   orang yg meninggalkan pekerjaan yg sia-sia
c.   orang yg membayar zakat
d.   orang yg menjaga kemaluannya,kecuali terhadap istrinya,Dan,
e.   orang yg memlihara amanta dan menepati janji

2.      Surga Adn,Diciptakan dari intan putih,penghuninya :
a.   orang mengerjakan kebaikan karena Allah ta'ala
b.   orang yg benar-benar,beriman dan beramal sholeh
c.   orang yg banyak berbuat baik
d.   orang yg sabar dan senantiasa menginfakkan hartanya,

3.      Surga Na'im,diciptakan dari perak putih, penghuninya :
a.   orang yg beriman dan beramal sholeh
b.   orang yg bertaqwa

4.      Surga Ma'wa,diciptakan dari Zamrut hijau, Penghuninya :
a.   orang yg bertaqwa Kepada allah Swt,
b.   orang yg benar-benar beriman dan beramal sholeh
c.   orang yg takut dengan kebesaran Allah Swt,dan menjaga hawa Nafsu buruk,

5.      Surga Darussalam,diciptakan dari yakut Merah,calonnya:
a.   orang yg kuat iman dan islam
b.   orang yg mengamalkan ayat-ayat al quran,dalam kehidupn sehari-hari

6.      Surga Darul Muqomah,diciptakan dari permata Putih,calonnya :
a.   orang yg kebaikannya lebih banyak dari pada Kejahatannya

7.      Surga Al Maqoomul Amiin,diciptakan dari emas,calonnya
a.   orang yg benar-benar bertaqwa kepada Allah Swt,

8.      Surga khuldi.diciptakan dari marjan merah dan kuning,calonnya :
a.   orang yg menaati perintahNya,dan menjauhi larangannya




Nama-nama Neraka dan Calon Penghuninya

1.       Neraka Jahanam,calon Penghuninya :
-     Orang-orang munafik
-     orang Kafir
-     Orang durhaka
-     Orang yg mengikuti ajaran setan
-     Orang yg menghadap tuhan,dalam        keadaan berdosa
-     orang yg enggan mengeluarkan Zakat

2.      Neraka Jahiim,calon penghuninya :
-     Orang yg mendustakan ayat ALLAH SWT
-     pendurhaka
-     Orang yg berusaha menentang Ayat ALLAH SWT

3.            neraka Hawiyah,calon penghuninya :
         orang yg lebih banyak dosanya dibanding kebaikannya

4.      Neraka Wail,calon Penghuninya : orang yg menerima timbangan dari orang lain meminta dipenuhi,namun menimbang untuk orang lain,mereka mengurangi

5.      Neraka Sair ,calon penghuninya :
-     Orang yg memakan harta anak yatim
-     orang yg tidak mengikuti petunjuk ALLAH SWT
-     orang kafir
-     Orang yg terpedaya oleh setan
-     Orang yg menyimpang dari perintah ALLAH SWT
-     orang yg tidak beriman kepada ALLAH SWT,dan Rasul-NYA

6.      neraka Ladho ,calon penghuninya : orang yg berpaling dari agama,dan menimbun kekayaan tanpa Mengeluarkan zakat

7       .Neraka Saqor ,calon penghuninya : orang yg semasa hidupnya ,tidak pernah sholat,tidak pernah memberi makan orang miskin,suka membicarakan kebathilan,dan mendustakan Hari pembalasan

8.      Neraka huthomah,calonnya :
orang yg suka mengumpat,mencela,dan berprasangka buruk,