Saturday, January 19, 2013

Pengembaraan Ke Negara KelahiranKu....

Penulisanku ini dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim!!!

 Alhamdulillah....perjalananku ini yang telah lama ku impikan telah menjadi kenyataan atau pun dalam bahasa mat salleh " REALITY ".
15 Januari 2013 bersamaan hari Selasa
aku dan keluargaku telah bersiap2 untuk bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Kami telah diberi bantuan untuk mengangkut barang2 peribadi n beg2 besar oleh Pak Cik Nawawi, Pak Cik Yusni n Pak Cik Rashid dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV). Kami sekeluarga sangat teruja dan excited kerana kami sekelurga  akan menaiki Kapal Terbang Malaysia (MAS) A380 Airbus untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heahtrow London. Kami sekeluarga telah melepasi segala halangan dan rintangan "IMIGRESEN" dengan jayanya Alhamdulillah.... Kami telah diberi layanan yang cukup menggembirakan ketika berada didalam Kapal Terbang MAS. Walaupun layanan yang telah diberikan sangat menggembirakan, tetapi layanan tersebut tidak dapat menghilangkan rasa penat berada didalam kapal terbang selama 13 jam. 



16 Januari 2013 bersamaan hari Rabu

5.40 Pagi  
 Selepas itu, kami sekeluarga bergegas ke surau disediakan di Lapangan Terbang tersebut  untuk menunaikan Fardhu Subuh memandangkan waktu solat disini lebih cepat berbanding waktu solat di Malaysia. Seusai Subuh, kami sekeluarga terus menaiki teksi yang telah ditempah untuk menuju ke Bandar Cardiff yang teretak di Wales yang juga memerlukan masa 4 jam untuk sampai ke Cardiff dari London. Hmm lebih kurang macam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur lah.....







( Ketika baru sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Heahtrow)




( Pemandu Kereta Yang berketurunan Hungary bernama Matthew)

( Suasana ketika dalam Perjalanan ke Cardiff, Wales ).








( Kenderaan yang telah digunakan dari Lapangan Terbang Heahtrow untuk sampai ke Cardiff)

Jam 12 tengahari

Kami tiba di Machen Place, Cardiff pada pukul 12 tengahari. Ketibaan kami disambut baik oleh Kak Noraini dan Kak Najmiah yang selalu senyum tanpa mengira masa.Sejurus sahaja kami turun dari kereta yang dinaiki tersebut, tiba-tiba rasa SHOCK sebab teramat sejuk sebab masa tu pun memang musim sejuk so, wajib lah sejuk kan. Keadaan kami yang sejuk tersebut telah dikalahkan dengan bau Nasi Goreng, Samosa dan Ayam Goreng yang sangat panas ditambah pula
  Kami dihidangkan dgn makanan Malaysia yg telah dimasak oleh Ukhti Miah iaitu Nasi Goreng, Samosa n Ayam Goreng bersama dgn Air Teh O Panas....Pergh sedap kowt!!!

Seusai saja kami menjamu selera yang meengenakkan ini, kami terus bersiap2 untuk keluar membeli-belah di Pusat Membeli Belah Capitol, Cardiff. Kami sekeluarga telah ditemani oleh 3 orang "TOURIST GUIDE" yang sudi untuk membantu kami menunjukkan arah jalan iaitu Ukhti Nini ( Noraini ), Ukhti Ira n Ukhti Haifa. Sepanjang perjalanan itu, kami dapat melihat banyak pandangan yang sangat best seperti Stadium Millenium n Pokok2 y


Buat pengetahuan semua, di Cardiff terdapat berdapat beberapa buah masjid yang masih berdiri utuh di atas bumi ALLAH ini. Di setiap masjid tersebut, terdapat mazhabnya yang tersendiri seperti Masjid Jalallia yang mengikut Mazhab Hanafi....mmg kekok n janggal lah bile mule2 nk tunaikan solat fardhu di masjid tersebut tapi Akhi Zulhazmi Mokhti ckp " alah rileks jerw sbb solat same gak tapi lain2 mazhab jerw!!!".



No comments:

Post a Comment